Kenali MPMMJ

Header Web

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA MALAYSIA JORDAN (MPMMJ)

1) Pengenalan

Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) atau sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) telah ditubuhkan secara rasmi pada bulan Oktober tahun 2000 bersamaan 1412 H. Perubahan nama ini bertujuan untuk menukar imej MPMMJ kea rah yang lebih cemerlang.

MPMMJ ditubuhkan atas kesedaran bersama persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia yang berada di Jordan untuk berada di bawah satu majlis perwakilan yang menyelaras, menyatu dan mewakili suara semua pelajar Malaysia di Jordan. Sebanyak empat (4) buah Persatuan Zon (PZ) bernaung di bawah MPMMJ termasuk Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI), Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA), Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Aal Al-Bayt (PRISMA) dan Persatuan Penuntut Malaysia Amman (PPMA).

MPMMJ juga menaungi empat belas (14) Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang terdiri daripada Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ), Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ), Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ), Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS), Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ), Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Jordan (IMAMJ), Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA), Ikatan Mahasiswa Anak Perlis (IMAPs), Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan (BKMPJ), Badan Kebajikan Mahasiswa Sabah Jordan (BAKSIS), Ikatan Anak Negeri Sarawak Jordan (IANERiS), Ikatan Mahasiswa Wilayah Persekutuan (IMWiP), Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA), Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ).

Lima buah kelab turut bernaung di bawah MPMMJ iaitu Kelab ISMA Jordan. Kelab HALUAN Siswa Jordan, Kelab Revolusi Multimedia (KReM) Jordan, Unit Zakat dan Sedekah, Kelab Peguam Muda Jordan.

 

2) Pengurusan Persatuan

Fungsi dan Objektif

Setiap tahun Jordan menjadi pilihan untuk menyambung pengajian di peringkat IPT terutamanya bagi mahasiswa lepasan SPM dan diploma baik dalam bidang pengajian agama, kesusasteraan bahasa Arab, ekonomi dan perbankan Islam, perubatan mahupun pergigian. Pertambahan bilangan pelajar juga saban tahun kian meningkat dengan giatnya dan telah mencapai lebih 3000 mahasiwa.

MPMMJ berperanan sebagai persatuan induk yang menjadi badan penyelaras aktiviti serta pendokumentasian persatuan-persatuan zon, badan kebajikan anak negeri mahupun kelab-kelab yang bernaung di bawah MPMMJ.

 

3) Visi, Misi dan Dasar MPMMJ

Visi

Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama

Misi

1) Membangun kualiti mahasiswa dengan pembudayaan ilmu

2) Meningkatkan jati diri Muslim dalam kalangan warga MPMMJ

3) Mengoptimumkan fungsi kebajikan dalam MPMMJ

4) Memperkenalkan MPMMJ diperingkat antarabangsa

M.U.S.L.I.M

Moderate Unity Spiritual Leadership Intellectual Maturity

 

4) Dasar

1) Pembudayaan Ilmu

2) Hubungan Glokal

3) Biah Solehah

4) Bersama Menuju Kejayaan

 

5) Badan Koordinator MPMMJ

Bertanggungjawab membantu ahli majlis tertinggi dalam merancang dan membincangkan perjalanan MPMMJ bersesuaian dengan dasar semasa MPMMJ.

5.1) Badan Koordinator Pembangunan Insan

– Menyelaras dan menggerakkan biro kerohanian di setiap PZ.

– Bertanggungjawab menerapkan kefahaman islam kepada warga MPMMJ.

– Menterjemahkan kefahaman islam kepada bentuk yang lebih mudah difahami.

5.2) Badan Koordinator Akademik Dan Intelektual

– Menggalakan ahli agar fokus kepada akademik .

– Merancang program yang mampu mematangkan ahli serta cakna dengan isu semasa.

– Menggalakkan ahli agar mencintai ilmu dan menyuburkan budaya membaca.

5.3) Badan Koordinator Penerangan Dan Penerbitan

– Bertanggungjawab menguruskan portal dan medium elektronik persatuan.

– Menyelaras dan menyeragam pelaksanaan penyebaran maklumat persatuan di setiap PZ.

– Menjadi medium rasmi persatuan untuk menyebar sebarang maklumat.

5.4) Badan Koordinator Ekonomi Dan Keusahawanan

– Menjana ekonomi persatuan.

– Mendidik ahli berkaitan pengurusan kewangan.

– Mewujudkan suasana yg kondusif agar ahli dapat menjana ekonomi dengan baik.

5.5) BK Kebajikan ,Rekreasi Dan Kenegaraan

– Menyelaras dan menyeragam dasar kebajikan persatuan PZ.

– Merencana program kebajikan bagi warga MPMMJ.

– Memastikan urusan penempatan dan keselamatan di setiap PZ berjalan dengan baik.

 

6) Hal Ehwal Wanita seJordan (HEWI)

HEWI merupakan sebuah organisasi khas yang ditubuhkan khusus buat mahasiswi seJordan. Ia dipantau oleh Timbalan Presiden II MPMMJ dengan dibantu oleh timbalan ketua ahli majlis tertinggi, ketua HEWI mantiqah dan timbalan ketua badan koordinator demi memastikan hal ehwal siswi terbela dan terpelihara.

 

 

Powered by themekiller.com anime4online.com animextoon.com apk4phone.com tengag.com moviekillers.com