Salam Aidilfitri 2017 M / 1438 H

Baju berkelip berwarna merah,
Terhidang rendang juga ketupat,
Aidilfitri disambut meriah,
Amalan Ramadhan semoga berkat.

تَقَبَّلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيرٍ

Sebulan penuh kita di’sekolah’kan dengan madrasah Ramadhan. Mengajar kita menjadi seorang mukmin yang mendidik jiwa. Kini telah sampai khabar gembira. Bulan berbahagia buat umat manusia.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Adat melayu mengajar kita untuk saling menziarahi dan saling bermaafan sepanjang Syawal. Semoga di kesempatan ini ukhuwah kita semakin erat walaupun kita berbeza pendapat mahupun fikrah.

Moga umat islam terus bersatu. Hanya kerana-Nya.

.: Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Pertama :.

#MPMMJUntukSemua



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com anime4online.com animextoon.com apk4phone.com tengag.com moviekillers.com